Tema : Ukuran
Tajuk : Ukuran Panjang (Operasi asas melibatkan panjang)
Objektif :
Penambahan Ukuran Panjang.
Hasil Pembelajaran : Menambah ukuran panjang
melibatkan penukaran unit dalam
sentimeter (cm) dan millimeter (mm)
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah belajar dan mengetahui
operasi asas tambah.
Bahan Bantu Mengajar : Pembaris ,pita pengukur,tali, buku,
pemadam, pensil persembahan slaid power point,lembaran kerja.
Kemahiran Berfikir : Membanding Beza.
Pendekatan :
Pembelajaran Masteri.
Kaedah : Kumpulan,soal jawab,latih tubi,penyelesaian masalah
Set Induksi (
3 minit )
1.Guru
minta murid mengeluarkan pembaris masing-masing.
2.Guru meminta beberapa orang murid
menyatakan kepada kelas mengapa mereka perlu ada pembaris.
3. Murid diminta mencuba mengukur
beberapa objek di dalam kelas yang boleh menggunakan pembaris (dalam unit cm dan mm).
3. Murid menyatakan hasil dapatan
dalam unit cm dan mm.
Bahan Bantu Mengajar : Pembaris , pensil, pemadam,
pengasah dan buku
Aktiviti:
Penerangan menambah ukuran panjang bagi ayat yang diberikan.
1. Guru mempamerkan simbol ‘tambah’dengan menggunakan slaid power
point.
2. Guru mengemukakan soalan kepada
murid.
a) Apakah penggunaan simbol itu dalam pembelajaran hari ini?
3. Murid melihat soalan penambahan
unit yang dipamerkan melalui slaid
persembahan di dalam kelas.
4. Beberapa murid diminta menjawab
soalan tersebut di papan tulis dengan bimbingan guru.
5. Seterusnya, guru menyemak dan
menjelaskan cara mendapatkan jawapan itu.
Contoh :
2 0 cm + 1 5 cm =………….. cm =…………… mm
Maka
2 0 cm + 1 5 cm = 3 5 cm
= 350 mm
Bahan Bantu Mengajar : Persembahan Slaid (Power
Point), papan putih.
Aktiviti : Kumpulan
1.
Murid diminta membentuk beberapa kumpulan kecil mengikut anggaran tinggi yang hampir sama.
2. Seorang ketua dilantik untuk
setiap kumpulan.
3.Seterusnya, meminta ketua kumpulan
menampil ke hadapan kelas.
4. Ketua kumpulan dibekalkan dengan
2 utas tali yang berlainan ukuran dan kertas A4 supaya mengedarkannya kepada setiap ahli
kumpulan. .
5. Guru memainkan lagu menggunakan
radio.
6. Murid-murid sambil menikmati
lagu, bergerak dalam kumpulan masing-masing dan mencuba mengukur tinggi
diri masing-masing dan merekodkan.
7. Ketua kumpulan membentangkan
hasil kerja di hadapan kelas.
8. Guru menekankan bahawa ukuran
tersebut perlu ditambah untuk melihat jumlah panjang sebenar dalam unit cm dan mm.
Bahan Bantu Mengajar : 2 utas tali yang berlainan
saiz, kertas A4, Marker & radio,
Aktiviti : Pengukuhan
1.
Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
2.
Murid-murid diminta menjawab semua soalan.
3.
Guru dan murid bersama-sama berbincang dan menyemak jawapan bagi soalan- soalan yang
telah menjawab tadi.
4.
Guru memberikan ganjaran kepada murid yang telah menjawab semua soalan dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran Kerja Pengayaan
& Lembaran Kerja Pemulihan.
Aktiviti : Rumusan Pelajaran
1. Soal beberapa orang murid mengenai
dapatan mereka pada hari ini.
Contoh
:
a.
Bagaimana hendak menukar unit daripada cm ke mm ?
b.
Bagaimana cara yang sesuai untuk mengukur seutas tali?
c. Apakah alat lain yang boleh digunakan
untuk mengukur unit panjang?
2.
Guru merumuskan pelajaran hari ini dan memberi kerja rumah.
Lembaran Kerja Pengayaan.
Nama
:___________________________ Tarikh :
_____________
Kelas
:_________________
Arahan : Jawab semua soalan .
Soalan
|
Jalan Pengiraan
|
1.Maisyara
mempunyai 15mm reben manakala Siti pula mempunyai reben sepanjang 23mm.Berapakah
jumlah panjang reben mereka dalam cm?
|
|
2. Sani
mempunyai tali sepanjang 3.5cm. Dia ingin mengikat hadiah yang memerlukan
11.3cm tali. Berapa panjang tali lagi yang diperlukan untuk mengikat hadiah
tersebut? Beri jawapan dalam mm.
|
|
3. Puan Lili
mempunyai kain renda sepanjang 50cm .Beliau membeli 35cm lagi kain renda
yangsama.Berapa jumlah kain renda yang dimilki oleh beliau sekarangdalam unit
mm?
|
|
Lembaran
Kerja Pengayaan.
Nama
:___________________________ Tarikh :
_____________
Kelas
:_________________
|
Arahan : Jawab semua soalan .
1cm =10mm
Contoh :
2 5 cm
+ 1 6 cm
________
4 1 cm (
4 1 cm x 1 0 = 4 1 0 mm )
_________
Soalan
|
Jalan pengiraan
|
1.
44mm + 33mm=................cm
|
|
2.54mm
+ 20mm=................cm
|
|
3.
29mm + 43mm=................cm
|
|
RUJUKAN
1.
Rancangan Tahunan Matematik Tahun 4
2.
Buku Panduan Guru Matematik Tahun 4
3.
Buku Teks Matematik Tahun 4 dan Tahun 5
4.
Buku Kerja Matematik Tahun 4 terbitan Susbadi
5.http://www.tree.com.my/2_ctree/Contributions/Learning_Objects/Slide_Presentation_Math_(UKURAN_PANJANG).
No comments:
Post a Comment