Minit Mesyuarat 2011
MINIT MESYUARAT MINGGU MATEMATIK
TAHUN 2011
SJK (T) BATANG KALI
Tarikh : 22 September 2011
Masa : 1.35 tengahari
Tempat
: Bilik Guru
Kehadiran :
1)
Pn.P.Manjulah
( Guru Besar)
2)
Pn.B.Saraswathy
(GPK Kurikulum)
3)
Cik.A.Kavitha
(Ketua Panitia)
4)
Cik.Rukumani
(Guru Matematik Thn 1M)
5)
Pn.T.Thanggalithimy
(Guru Matematik Thn 1T & 2M)
6)
En.M.Janagaraj
( Guru Matematik Thn 3M)
7)
Pn.Muthumogana
(Guru Matematik Thn 3T)
8)
Pn.A.Rajesvari
( Guru Matematik Thn 5M & 6M)
1.0
Ucapan Ketua Panitia
Keta Panitia mengalu-alukan kedatangan
Guru Besar dan semua AJK Panitia Matematik.
2.0
Rancangan Minggu Matematik
2.1 Ketua Panitia memaklumkan cadangan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang Minggu
Matematik.
Antara aktiviti yang telah dicadangkan adalah :
1. Pertandingan Kuiz ( Tahap 2)
2. Pertandingan Melafazkan Sifir
3. Sudoku
4. Kira cepat
5. Pembinaan Jadual Sifir
2.2 Ketua Panitia juga
membahagikan tugas kepada semua AJK Panitia Matematik.
Tindakan
: Semua guru Matematik
2.3 Ketua Panitia juga meminta cadangan
tarikh pelaksanaan Minggu Matematik dan telah
diputuskan seperti berikut:
Tarikh :
3 hingga 7 Oktober 2011
Tindakan
: Semua guru Matematik
2.4 Ketua Panitia juga telah meminta
guru-guru menyenaraikan barang-barang yang
diperlukan untuk menjayakan
program Minggu Matematik.
3.0
Ucapan GPK 1
3.1 Beliau
meminta pelancaran Minggu Matematik diadakan pada 3.10.2011 di tapak
perhimpunan.
3.2 Beliau juga meminta ketua panitia
menerangkan kepentingan Matematik pada majlis
pelancaran Minggu Matematik.
Tindakan
: Ketua PanitiaMatematik
4.0 Ucapan Guru
Besar
4.1
Guru Besar meminta guru-guru Matematik memastikan agar aktiviti Minggu
Matematik memberi faedah serta menimbulkan
minat yang mendalam kepada semua murid.
4.2 Beliau juga meminta mengadakan pameran
pada akhir Minggu Matematik sebagai cara
penutup.
4.3 Beliau juga menggalakkan guru-guru
Matematik minta bantuan guru-guru lain untuk
menjayakan Minggu Matematik.
Tindakan
: Semua guru Matematik
Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak Oleh Disahkan Oleh,
_________________ ________________ ____________
CIK.A.KAVITHA GPK 1 Guru Besar
Ketua Panitia Matematik
Kertas Kerja 2011
SJK (T) LADANG
BATANG KALI
MINGGU MATEMATIK
TAHUN 2011
ANJURAN PANITIA
MATEMATIK
Tarikh : 3 – 7 Oktober 2011
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 12:05 hingga 1:05 tengahari
Tempat : Pusat Smber / Bilik Darjah
disediakan oleh,
-------------------------------
cik.a.kavitha
ketua panitia matematik
disahkan oleh,
--------------------------------
TAJUK : MINGGU MATEMATIK
RASIONAL
Untuk mencungkil bakal
murid yang terpendam serta mengenalpasti mrid yang mempunyai keupayaan yang
tinggi dalam Matematik.
OBJEKTIF
v Memberi
peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
berkaitan dengan Matematik.
v Murid-murid
boleh membuat aktiviti kajian dengan cara yang menyeronokkan.
v Murid-murid
boleh menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
v Memperluaskan
penggunaan istilah-istilah Matematik.
PENGANJUR
Panitia Matematik SJK (T) Batang Kali
KUMPULAN
SASARAN
- 19 Orang Guru
- Murid Tahap Satu dan Tahap Dua
JAWATANKASA
PROGRAM
MINGGU
MATEMATIK 2011
Pengerusi :
Pn.P.Manjulah
Naib
Pengerusi :
Pn.B.T.Saraswathy
Setiusaha : Cik.A.Kavitha
AJK :
Cik.Rukumani (Guru Matematik Thn 1M)
Pn.T.Thanggalithimy (Guru Matematik Thn 1T
& 2M)
En.M.Janagaraj ( Guru Matematik Thn 3M)
Pn.Muthumogana (Guru Matematik Thn 3T)
Pn.A.Rajesvari ( Guru Matematik Thn 5M
& 6M)
AKTIVITI-AKTIVITI MINGGU MATEMATIK
TARIKH
|
MASA
|
TAHUN
|
AKTIVITI
|
|
12:05 – 1:05
|
1
|
-
Tambah dan tolak dalam lingkungan 50
|
|
12:05 – 1:05
|
2
|
-
Tambah dan tolak dalam lingkungan 100
|
|
12:05 – 1:05
|
3
|
-
tambah, tolak dan darab
|
|
12:05 – 1:05
|
4
|
- Pertandingan Melafazkan Sifir
|
|
12:05 – 1:05
|
5
|
|
|
12:05 – 1:05
|
6
|
- Pertandingan Kuiz Kira Cepat
-
Soalan penyelesaian masalah
|
ANGGARAN
PERBELANJAAN : RM 50.00
LAPORAN MINGGU MATEMATIK 2011
SJK (T)
BATANG KALI
Pada
3 Oktober hingga 7 Oktober 2011 Minggu Matematik telah dijalankan sepertimana
yang telah dirancang. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang minggu
tersebut untuk mencungkil bakat murid yang terpendam dan meningkatkan minat
murid dalam subjek Matematik. Pada 3
Oktober 2011 Minggu Matematik telah dirasmikan oleh Guru Besar SJK (T) Batang
Kali, Pn.P.Manjulah di tapak perhimpunan.
Pada
3 Oktober 2011 pertandingan kira cepat telah diadakan bagi murid Tahun 1 di
Pusat Sumber sekolah. Murid-murid telah meyelesaikan operasi tambah dan tolah
dalam lingkungan 50. Para pemenangnya
adalah seperti berikut:-
Tahun
1 Malligai
1. Yaswant
2. Thurgeswaran
3.Theventiran
Tahun
1 Thamarai
1.Siti Haliza Bt Ibrahim
2. Yogarani
3. S. Sivashini
Pada
4 Oktober 2011 pertandingan kira cepat operasi
tambah dan tolak dalam lingkungan 100 telah diadakan bagi murid Tahun 2
di kantin sekolah. Sambutan murid Tahun 2 sangat menggalakkan. Seramai 30 murid
telah menyertai pertandingan ini.
Senarai pemenangnya adalah
seperti berikut:-
Tahun
2Malligai
1. S.Rosshan Kumar
2. S.Sridar
3. S.Jeysree
Pada
5 Oktober 2011, pertandingan kira cepat operasi tambah, tolak dan darab telah
diadakan bagi murid Tahun 3 Malligai dan 3 Thamarai. Pertandingan ini diadakan
di bilik darjah Tahun 3. Sebanyak 100 soalan bagi setiap operasi telah
diberikan. Murid telah bersunggh-sungguh menjawab semua soalan dengan cepat dan
betul. Seramai 6 orang murid telah dipilih sebagai pemenang. Mereka adalah
seperti berikut:-
Tahun
3 Malligai
1. A.Aravind Alagappan
2. Sharvini
3. Agalyah
Tahun
3 Thamarai
1. R.Darsini Devi
2. M. Agilan
3. A.Shobana
Pada
6 Oktober 2011, pertandingan melafazkan sifir telah diadakan bagi murid Tahun 4
Malligai manakala pertandingan membina jadual sifir telah diadakan bagi murid 4
Thamarai. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Sumber. Pemenangnya adalah
seperti berikut:-
Tahun
4 Malligai
1. R.Sharvinah
2. A.Rikkinesh
3. G.Sree Savitha
Tahun
4 Thamarai
1. S.Suhashini
2. R.Thavamalar
3. Jessica Priya
Pada
7 Oktober 2011, pertandingan sudoku telah diadakan bagi murid Tahun 5 di pusat sumber sekolah. Penglibatan murid dalam
pertandingan sangat memuaskan. Seramai 25 murid telah mengambil bahagian dan 3 orang murid telah
dipilih sebagai pemenang. Mereka adalah seperti berikut:-
Tahun
5 Malligai
1. A.Yamuna
2. M.Krishnan
3.G.Glory
Pada
hari yang sama pertandingan kuiz telah diadakan bagi murid Tahun 6. Kuiz ini
dijalankan secara individu. Peserta yang memberi jawapan yang betul dengan
cepat akan dikira sebagai pemenang. Pemenang bagi pertandingan ini adalah
seperti berikut:-
Tahun
6 Malligai
1. S.Anushri
2.C.Seethu
3.M.Abirami
REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
KEKUATAN
Seperti kita ketahui , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Oleh yang demikian, apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai, saya membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah saya sampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Saya membuat muhasabah atau penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang telah saya lakukan. Sekiranya perlu kepada penambahbaikan, maka saya akan lakukan tindakan segera. Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui perancangan atau persediaan awal yang telah saya sediakan secara teliti dan rapi itu sememangnya telah membantu saya untuk memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, lancar dan telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar. Benarlah kata pepatah : “ Sekiranya kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk gagal ”. penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Melalui pemerhatian, saya dapati minat pelajar terhadap subjek Mathematics semakin bertambah apabila saya mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Saya menyampaikan isi pelajaran dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat. Saya juga memastikan nada suara saya sentiasa berubah-ubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi saya dan pelajar berlaku dua hala iaitu saya menyoal dan pelajar menjawab, dengan ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik darjah adalah disedari. Hasilnya pelajar telah memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar saya memahami pengajaran saya, maka saya menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognetif mereka. Kaedah komunikasi berkesan
yang saya amalkan ini terbukti telah membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku dan pencapaian pelajar.
KELEMAHAN
Dalam membuat refleksi ini, saya juga dapat mengenalpasti sedikit kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan tugasan makroteaching. Saya dapat memerhati bahawa masa yang diperuntukan dalam rancangan harian tidak seiring dengan proses penyampaian isi pelajaran. Setelah saya menonton rakaman makro pengajaran, saya mendapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring dengan rancangan pengajaran harian yang dirancang awal-awal untuk dilaksanakan. Hal ini mungkin disebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang tidak berdasarkan kebolehan dan kepakaran pelajar-pelajar .
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah kegagalan mempelbagaikan kaedah dan teknik. Walaupun saya telah menggunakan beberapa teknik dan kaedah tetapi jikalau dibandingkan dengan kebolehan pelajar-pelajar kelas tersebut ia tidak setanding dengan kebolehan mereka. Selain itu, saya gagal untuk merancang dan melaksanakan penutup yang berkesan. Aktiviti penutup yang telah dilaksanakan kurang berkesan dan tidak begitu menarik minat dan perhatian murid.
LANGKAH MENGATASI
Kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti perlu dibuat penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Peruntukan masa adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Guru perlulah mahir mengagihakn masa bagi setiap langkah pengajaran. Pengagihan masa yang berkesan akan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru.
Oleh yang demikian pemilihan kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan.
Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar.Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup ini.
Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran yang berikutnya. Sekian.