Saturday 22 December 2012

AKTIVITI PENGAJARAN TAJUK : UKURAN PANJANG


Tema                                      : Ukuran
Tajuk                                      : Ukuran Panjang  (Operasi asas melibatkan panjang)
Objektif                                  : Penambahan Ukuran Panjang.
Hasil Pembelajaran             : Menambah ukuran panjang melibatkan penukaran                                                                unit  dalam sentimeter (cm)  dan millimeter (mm)
Pengetahuan Sedia Ada   : Murid-murid telah belajar dan mengetahui operasi                                                      asas tambah.
Bahan Bantu Mengajar      : Pembaris ,pita pengukur,tali, buku, pemadam, pensil                                                  persembahan slaid power point,lembaran kerja.
Kemahiran Berfikir              : Membanding Beza.
Pendekatan                         : Pembelajaran Masteri.
Kaedah                                  : Kumpulan,soal jawab,latih  tubi,penyelesaian masalah

Set Induksi ( 3 minit )


1.Guru minta murid mengeluarkan pembaris masing-masing.
            2.Guru meminta beberapa orang murid menyatakan kepada kelas mengapa                       mereka  perlu ada pembaris.
            3. Murid diminta mencuba mengukur beberapa objek di dalam kelas yang boleh                            menggunakan pembaris (dalam unit cm dan mm).
            3. Murid menyatakan hasil dapatan dalam unit cm dan mm.    

Bahan Bantu Mengajar : Pembaris , pensil, pemadam, pengasah dan buku  

Aktiviti: Penerangan menambah ukuran panjang bagi ayat yang diberikan.
            1. Guru mempamerkan  simbol ‘tambah’dengan menggunakan slaid power point.
            2. Guru mengemukakan soalan kepada murid.
                        a) Apakah penggunaan simbol itu dalam pembelajaran hari ini?
            3. Murid melihat soalan penambahan unit  yang dipamerkan melalui slaid persembahan              di dalam  kelas.
            4. Beberapa murid diminta menjawab soalan tersebut di papan tulis dengan bimbingan                guru.
            5. Seterusnya, guru menyemak dan menjelaskan cara mendapatkan jawapan itu.
                        Contoh :
                                    2 0 cm + 1 5 cm =………….. cm =…………… mm

                                                                        Maka 2 0 cm + 1 5 cm = 3 5 cm = 350 mm

Bahan Bantu Mengajar : Persembahan Slaid (Power Point), papan putih. 

Aktiviti : Kumpulan
            1. Murid diminta membentuk beberapa kumpulan kecil mengikut anggaran tinggi yang                 hampir sama.
            2. Seorang ketua dilantik untuk setiap kumpulan.
            3.Seterusnya, meminta ketua kumpulan menampil ke hadapan kelas.
            4. Ketua kumpulan dibekalkan dengan 2 utas tali yang berlainan ukuran dan kertas          A4 supaya mengedarkannya kepada setiap ahli kumpulan.            .
            5. Guru memainkan lagu menggunakan radio.
            6. Murid-murid sambil menikmati lagu, bergerak dalam kumpulan masing-masing dan       mencuba mengukur tinggi diri masing-masing dan merekodkan.
            7. Ketua kumpulan membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
            8. Guru menekankan bahawa ukuran tersebut perlu ditambah untuk melihat jumlah          panjang sebenar dalam unit cm dan mm.

Bahan Bantu Mengajar : 2 utas tali yang berlainan saiz, kertas A4, Marker & radio,  

Aktiviti : Pengukuhan   
            1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
            2. Murid-murid diminta menjawab semua soalan.
        3. Guru dan murid bersama-sama berbincang dan menyemak jawapan bagi soalan-           soalan yang telah menjawab tadi.
          4. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang telah menjawab semua soalan dengan  betul. 



Bahan Bantu Mengajar : Lembaran Kerja Pengayaan & Lembaran Kerja Pemulihan.  

Aktiviti : Rumusan Pelajaran 
            1. Soal beberapa orang murid mengenai dapatan mereka pada hari ini.
                        Contoh :
                        a. Bagaimana hendak menukar unit daripada cm ke mm ?
                        b. Bagaimana cara yang sesuai untuk mengukur seutas tali?
                        c. Apakah alat lain yang boleh digunakan untuk mengukur unit panjang?
            2. Guru  merumuskan pelajaran hari ini  dan memberi kerja rumah.

 Lembaran Kerja Pengayaan.
Nama              :___________________________                             Tarikh : _____________
Kelas              :_________________

Arahan : Jawab semua soalan . 
Soalan
Jalan Pengiraan

1.Maisyara mempunyai 15mm reben manakala Siti pula mempunyai reben sepanjang 23mm.Berapakah jumlah panjang reben mereka dalam cm?








2. Sani mempunyai tali sepanjang 3.5cm. Dia ingin mengikat hadiah yang memerlukan 11.3cm tali. Berapa panjang tali lagi yang diperlukan untuk mengikat hadiah tersebut? Beri jawapan dalam mm.









3. Puan Lili mempunyai kain renda sepanjang 50cm .Beliau membeli 35cm lagi kain renda yangsama.Berapa jumlah kain renda yang dimilki oleh beliau sekarangdalam unit mm?









Lembaran Kerja Pengayaan.
Nama              :___________________________                             Tarikh : _____________
Kelas              :_________________

Arahan : Jawab semua soalan . 
                                                                                                                1cm =10mm
Contoh :
    2 5 cm
+ 1 6 cm
________
   4 1 cm                                                               ( 4 1 cm  x 1 0 = 4 1 0 mm )
_________                                                                                   


Soalan
Jalan pengiraan
1. 44mm + 33mm=................cm






2.54mm + 20mm=................cm






3. 29mm + 43mm=................cm








  RUJUKAN



1. Rancangan Tahunan Matematik Tahun 4
2. Buku Panduan Guru Matematik Tahun 4
3. Buku Teks Matematik Tahun 4 dan Tahun 5
4. Buku Kerja Matematik Tahun 4 terbitan Susbadi
5.http://www.tree.com.my/2_ctree/Contributions/Learning_Objects/Slide_Presentation_Math_(UKURAN_PANJANG).






No comments:

Post a Comment