Saturday 22 December 2012

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MATEMATIK


ISU STRATEGIK : PENINGKATAN PENCAPAIAN MATEMATIK

PEMBINAAN PELAN STRATEGIK

BIDANG/UNIT: PANITIA MATEMATIK
VISI
SJKT BATANG KALI UNGGUL PADA TAHUN 2011
MISI
MISI 1: MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN   
            MATEMATIK DIKALANGAN MURID.
MISI 2:MENINGKATKAN MINAT MURID TERHADAP
           MATEMATIK
MISI 3:MENINGKATKAN PERATUSAN MURID YANG
           LULUS KEPADA 100%.
MISI 4:MEMASTIKAN SEMUA MURID MENGUASAI   
            KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK.
ISU STRATEGIK
1.Pencapaian murid yang lulus Matematik di dalam   
   peperiksaan di tahap sederhana.
MATLAMAT STRATEGIK
1.Meningkatkan prestasi pencapaian Matematik ke tahap
  cemerlang.
INDIKATOR PRESTASI ATAU Faktor Kritikal Kejayaan CSF)
1.% pencapaian 5A UPSR dan % lulus minimum C
   meningkat.
2.% lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun dan
    akhir tahun meningkat.
3.Boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris sesama
   rakan dan juga guru.
OBJEKTIF
1.Meningkatkan pencapaian A UPSR Bahasa Inggeris
   kepada 20% dan lulus minimum C 100%.
2.Meningkatkan pencapaian % A dan % lulus minimum C
   dalam peperiksaan serta ujian bulanan untuk tahun
   1,2,3,4,5 dan 6.
3.Murid boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan
   menggunakan Bahasa Inggeris asas.
STRATEGI
1. Menganjurkan latihan LDP untuk guru Bahasa Inggeris.
2. Menganjurkan program ”Good Morning Grammar” untuk murid tahun 6.
3. Menganjurkan program ”Let’s Read English” untuk murid tahun 1.
4. Mewujudkan ”English Corner” di kantin sekolah.
5. Menganjurkan program “English Workshop (bengkel menjawab kertas soalan) untuk murid tahun 4,5 dan 6.
6. Menjalankan aktiviti ”Learn 5 Words A Week”.

Dokumentasi Minggu Matematik 2011

Minit Mesyuarat 2011


MINIT MESYUARAT MINGGU MATEMATIK TAHUN 2011
SJK (T) BATANG KALI

Tarikh              :  22 September 2011
Masa                : 1.35 tengahari
Tempat            : Bilik Guru
Kehadiran       :
1)      Pn.P.Manjulah ( Guru Besar)
2)      Pn.B.Saraswathy (GPK Kurikulum)
3)      Cik.A.Kavitha (Ketua Panitia)
4)      Cik.Rukumani (Guru Matematik Thn 1M)
5)      Pn.T.Thanggalithimy (Guru Matematik Thn 1T & 2M)
6)      En.M.Janagaraj ( Guru Matematik Thn 3M)
7)      Pn.Muthumogana (Guru Matematik Thn 3T)
8)      Pn.A.Rajesvari ( Guru Matematik Thn 5M & 6M)

1.0 Ucapan Ketua Panitia

Keta Panitia mengalu-alukan kedatangan Guru Besar dan semua AJK Panitia Matematik.

2.0 Rancangan Minggu Matematik

2.1 Ketua Panitia memaklumkan cadangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu           
      Matematik. Antara aktiviti yang telah dicadangkan adalah :
         1. Pertandingan Kuiz ( Tahap 2)
         2. Pertandingan Melafazkan Sifir
         3. Sudoku
         4. Kira cepat
         5. Pembinaan Jadual Sifir
             2.2 Ketua Panitia juga membahagikan tugas kepada semua AJK Panitia Matematik.
                                                                                                Tindakan : Semua guru Matematik


   2.3 Ketua Panitia juga meminta cadangan tarikh pelaksanaan Minggu Matematik dan telah      
         diputuskan seperti berikut:
                           Tarikh           : 3 hingga 7 Oktober 2011
                                                                                                Tindakan : Semua guru Matematik
2.4 Ketua Panitia juga telah meminta guru-guru menyenaraikan barang-barang yang     
      diperlukan    untuk  menjayakan program Minggu Matematik.

3.0 Ucapan GPK 1
   3.1 Beliau meminta pelancaran Minggu Matematik diadakan pada  3.10.2011 di tapak
         perhimpunan.

   3.2 Beliau juga meminta ketua panitia menerangkan kepentingan Matematik pada majlis    
         pelancaran Minggu Matematik.
                                                                                                Tindakan : Ketua PanitiaMatematik

4.0 Ucapan Guru Besar

4.1 Guru Besar meminta guru-guru Matematik memastikan agar aktiviti Minggu Matematik            memberi faedah  serta   menimbulkan minat yang mendalam kepada semua murid.
    4.2 Beliau juga meminta mengadakan pameran pada akhir Minggu Matematik sebagai cara                    
          penutup.

    4.3 Beliau juga menggalakkan guru-guru Matematik minta bantuan guru-guru lain untuk                  
          menjayakan  Minggu Matematik.
                                                                                                                                Tindakan : Semua guru Matematik
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,                                 Disemak Oleh                         Disahkan Oleh,
_________________                          ________________                ____________
CIK.A.KAVITHA                             GPK 1                                     Guru Besar
Ketua Panitia Matematik

Kertas Kerja 2011

SJK (T) LADANG BATANG KALI
MINGGU MATEMATIK
TAHUN 2011
ANJURAN PANITIA MATEMATIK


Tarikh                 : 3 – 7 Oktober 2011
Hari                     : Isnin hingga Jumaat
Masa                    :  12:05 hingga 1:05 tengahari
Tempat                :  Pusat Smber / Bilik Darjah


disediakan oleh,

-------------------------------
cik.a.kavitha
ketua panitia matematik

disahkan oleh,

--------------------------------


TAJUK                      : MINGGU MATEMATIK
RASIONAL
Untuk mencungkil bakal murid yang terpendam serta mengenalpasti mrid yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam Matematik.

OBJEKTIF
v Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang       
                berkaitan dengan Matematik.
v Murid-murid boleh membuat aktiviti kajian dengan cara yang menyeronokkan.
v Murid-murid boleh menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
v Memperluaskan penggunaan istilah-istilah Matematik.

PENGANJUR

Panitia Matematik SJK (T) Batang Kali

KUMPULAN SASARAN

- 19 Orang Guru
- Murid Tahap Satu dan Tahap Dua




















JAWATANKASA PROGRAM
MINGGU MATEMATIK 2011

Pengerusi                        : Pn.P.Manjulah

Naib Pengerusi               : Pn.B.T.Saraswathy

Setiusaha                       : Cik.A.Kavitha

AJK                                 :   Cik.Rukumani (Guru Matematik Thn 1M)
 Pn.T.Thanggalithimy (Guru Matematik Thn 1T & 2M)
     En.M.Janagaraj ( Guru Matematik Thn 3M)
     Pn.Muthumogana (Guru Matematik Thn 3T)
     Pn.A.Rajesvari ( Guru Matematik Thn 5M & 6M)














AKTIVITI-AKTIVITI MINGGU MATEMATIK

TARIKH

MASA

TAHUN

AKTIVITI

12:05 – 1:05
1
  • Pertandingan Kira Cepat
-          Tambah dan tolak dalam lingkungan 50

12:05 – 1:05
2
  • Pertandingan Kira Cepat
-          Tambah dan tolak dalam lingkungan 100

12:05 – 1:05
3
  • Pertandingan Kira Cepat
-          tambah, tolak dan darab

12:05 – 1:05
4
  • Pertandingan Melafazkan Sifir

12:05 – 1:05
5
  • Pertandingan Sudoku

12:05 – 1:05
6
  • Pertandingan Kuiz Kira Cepat
-          Soalan penyelesaian masalah

                            
ANGGARAN PERBELANJAAN : RM 50.00











LAPORAN MINGGU MATEMATIK 2011
SJK  (T) BATANG KALI

Pada 3 Oktober hingga 7 Oktober 2011 Minggu Matematik telah dijalankan sepertimana yang telah dirancang. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang minggu tersebut untuk mencungkil bakat murid yang terpendam dan meningkatkan minat murid dalam subjek Matematik.  Pada 3 Oktober 2011 Minggu Matematik telah dirasmikan oleh Guru Besar SJK (T) Batang Kali, Pn.P.Manjulah di tapak perhimpunan.

Pada 3 Oktober 2011 pertandingan kira cepat telah diadakan bagi murid Tahun 1 di Pusat Sumber sekolah. Murid-murid telah meyelesaikan operasi tambah dan tolah dalam lingkungan 50.  Para pemenangnya adalah seperti berikut:-

Tahun 1 Malligai
1. Yaswant
2. Thurgeswaran
3.Theventiran

Tahun 1 Thamarai
1.Siti Haliza Bt Ibrahim
2. Yogarani
3. S. Sivashini

Pada 4 Oktober 2011 pertandingan kira cepat operasi  tambah dan tolak dalam lingkungan 100 telah diadakan bagi murid Tahun 2 di kantin sekolah. Sambutan murid Tahun 2 sangat menggalakkan. Seramai 30 murid telah menyertai pertandingan ini.   Senarai  pemenangnya adalah seperti berikut:-

Tahun 2Malligai

1. S.Rosshan Kumar
2. S.Sridar
3. S.Jeysree

Pada 5 Oktober 2011, pertandingan kira cepat operasi tambah, tolak dan darab telah diadakan bagi murid Tahun 3 Malligai dan 3 Thamarai. Pertandingan ini diadakan di bilik darjah Tahun 3. Sebanyak 100 soalan bagi setiap operasi telah diberikan. Murid telah bersunggh-sungguh menjawab semua soalan dengan cepat dan betul. Seramai 6 orang murid telah dipilih sebagai pemenang. Mereka adalah seperti berikut:-

Tahun 3 Malligai

1.  A.Aravind Alagappan
2. Sharvini
3. Agalyah

Tahun 3 Thamarai

1. R.Darsini Devi
2. M. Agilan
3. A.Shobana

Pada 6 Oktober 2011, pertandingan melafazkan sifir telah diadakan bagi murid Tahun 4 Malligai manakala pertandingan membina jadual sifir telah diadakan bagi murid 4 Thamarai. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Sumber. Pemenangnya adalah seperti berikut:-

Tahun 4 Malligai

1. R.Sharvinah
2. A.Rikkinesh
3. G.Sree Savitha

Tahun 4 Thamarai

1. S.Suhashini
2. R.Thavamalar
3. Jessica Priya


Pada 7 Oktober 2011, pertandingan sudoku telah diadakan bagi murid Tahun 5 di  pusat sumber sekolah. Penglibatan murid dalam pertandingan sangat memuaskan. Seramai 25 murid telah  mengambil bahagian dan 3 orang murid telah dipilih sebagai pemenang. Mereka adalah seperti berikut:-


Tahun 5 Malligai

1. A.Yamuna
2. M.Krishnan
3.G.Glory


Pada hari yang sama pertandingan kuiz telah diadakan bagi murid Tahun 6. Kuiz ini dijalankan secara individu. Peserta yang memberi jawapan yang betul dengan cepat akan dikira sebagai pemenang. Pemenang bagi pertandingan ini adalah seperti  berikut:-

          Tahun 6 Malligai

1. S.Anushri
2.C.Seethu
3.M.Abirami


REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
KEKUATAN
            Seperti kita ketahui , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Oleh yang demikian, apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai, saya  membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah saya sampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Saya membuat muhasabah atau penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang telah saya lakukan. Sekiranya perlu kepada penambahbaikan, maka saya akan lakukan tindakan segera. Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui perancangan atau persediaan awal yang telah saya sediakan secara teliti dan rapi itu sememangnya telah membantu saya untuk memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, lancar dan telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar. Benarlah kata pepatah : “ Sekiranya kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk gagal ”. penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Saya mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Melalui pemerhatian, saya dapati minat pelajar terhadap subjek Mathematics semakin bertambah apabila saya mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 
Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Saya menyampaikan isi pelajaran dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat. Saya juga memastikan nada suara saya sentiasa berubah-ubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi saya dan pelajar berlaku dua hala iaitu saya menyoal dan pelajar menjawab, dengan ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik darjah adalah disedari. Hasilnya pelajar telah memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar saya memahami pengajaran saya, maka saya menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognetif mereka. Kaedah komunikasi berkesan
yang saya amalkan ini terbukti telah membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku dan  pencapaian pelajar.
KELEMAHAN
Dalam membuat refleksi ini, saya juga dapat mengenalpasti sedikit kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan tugasan makroteaching. Saya dapat memerhati bahawa masa yang diperuntukan dalam rancangan harian tidak seiring dengan proses penyampaian isi pelajaran. Setelah saya menonton rakaman makro pengajaran, saya mendapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring dengan rancangan pengajaran harian yang dirancang awal-awal untuk dilaksanakan. Hal ini mungkin disebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang tidak berdasarkan kebolehan dan kepakaran  pelajar-pelajar .
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah kegagalan mempelbagaikan kaedah dan teknik. Walaupun saya telah menggunakan beberapa teknik dan kaedah tetapi jikalau dibandingkan dengan kebolehan pelajar-pelajar kelas tersebut ia tidak setanding dengan kebolehan mereka. Selain itu, saya gagal untuk merancang dan melaksanakan penutup yang berkesan. Aktiviti penutup yang telah dilaksanakan kurang berkesan dan tidak begitu menarik minat dan perhatian murid.
LANGKAH  MENGATASI
Kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti perlu dibuat penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Peruntukan masa adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Guru perlulah mahir mengagihakn masa bagi setiap langkah pengajaran. Pengagihan masa yang berkesan akan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru.
Oleh yang demikian pemilihan  kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan.
Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar.Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup ini. 
Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran yang berikutnya. Sekian.

Bahan Bantu Aktiviti Pengajaran Asas Pengukuran


SET INDUKSI
MENGUKUR PANJANG BENDA-BENDA YANG DIBERI



LANGKAH 1
PERSEMBAHAN SLAID


1cm = 10mm

LANGKAH 1
PERSEMBAHAN SLAID

2 0 cm + 1 5 cm = ____________cm ___________mm

2 0 cm
+  1 5 cm
________
    3 5 cm   Maka ,2 0 cm + 15 cm =  35 cm = 350 cm 
________

LANGKAH 2  (AKTIVITI KUMPULAN)
MENGUKUR TINGGI DALAM UNIT CM DAN MM


PENUTUP  (RUMUSAN PELAJARAN
MENJAWAB SOALAN SECARA LISAN

a.Bagaimana hendak menukar unit   daripada cm ke mm ?
b. Bagaimana cara yang sesuai untuk    
    mengukur seutas tali?
c. Apakah alat lain yang boleh  
   digunakan untuk mengukur unit  
   panjang?

LAMPIRAN
ALAT UKUR